Sunday, May 18, 2014

#PRKBUKITGELUGOR : Tolong Beri kemenangan PR di Bukit Gelugor - RAM

pilihanraya kini     6:42 PM    

Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan helah kerajaan bahawa PRK Bukit Gelugor sudah dimenangi Pakatan Rakyat.
Menurut Ramkarpal, ini antara taktik musuh supaya orang ramai tidak keluar mengundi pada hari sepatutnya sekaligus menggugat peratusan keluar undi untuk parti berkenaan.
“Jangan percaya propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kata jangan keluar mengundi kerana DAP sudah menang tanpa tandingan calon BN, cuma yang ada calon bebas,” ujarnya ketika berucap di Program Rentas Wanita anjuran Briged Wanita Kg. Melayu di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar keluar mengundi dan memangkah Pakatan Rakyat pada 25 Mei nanti.
“Saya merayu kepada kawan-kawan untuk memberi kemenangan pada Bukit Gelugor,” katanya.
Tambahnya lagi, jika berjaya mendapatkan kerusi Bukit Gelugor, kemenangan itu boleh menyampaikan satu gelombang kepada PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti, yang meletakkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud menentang calon BN Datuk Mah Siew Keong.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas Mohd. Nabi Bux Mohd. Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Muhammad Zan.

Sumber : Therakyatpost

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.