Friday, May 23, 2014

#PrkTelukIntan : Akhbar Sin Chew Daily Kempen Untuk Dyana?

pilihanraya kini     4:00 PM    


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang memuji satu artikel yang didakwa disiarkan oleh akhbar Sin Chew hari ini berkait Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Kit Siang mendakwa, artikel yang ditulis oleh Ng Miew Luan itu menyebut tiga sebab mengapa pemimpin UMNO memberi reaksi negatif terhadap Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP.
“Tiga faktor itu adalah UMNO masih meneruskan politik mono-perkauman dan kepimpinan berpaten, masih menyamakan parti itu dengan kerajaan dan negara.
“Ketidakupayaan membezakan parti dengan negara menyebabkan akibat yang negatif. Saya amat bersetuju dengan artikel Sin Chew ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Pemimpin veteran DAP itu dalam kenyataan sama turut mendakwa Dyana Sofya sedang berhadapan tekanan hebat daripada parti lawan yang berusaha merosakkan semangat politik gadis tersebut.
Justeru, katanya, kepimpinan DAP akan terus mempertahankan Dyana Sofya daripada kempen berbaur hooligan tersebut yang dipenuhi dengan penipuan dan pembohongan.
“Sangat pasti sedang wujud kempen bersepadu, sistematik dan jahat untuk memusnahkan semangat politik dan pertempuran Dyana Sofya dalam PRK Teluk Intan ini,” dakwanya. 

Sumber : mynewshub.my

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.