Monday, May 19, 2014

#PRKTELUKINTAN : BERJASA TIDAK BERTANDING KERANA ADA WAKIL MELAYU DAN ISLAM?

pilihanraya kini     8:50 PM    

TELUK INTAN: Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan membatalkan hasrat berbuat demikian, kata Presidennya Mohd Yusuf Harun. 

"Berjasa menarik diri untuk bertanding di Teluk Intan kerana telah ada calon Islam dalam PRK itu dengan harapan calon tersebut menyokong usul hudud di Parlimen nanti," kata Mohd Yusuf melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini, hari ini. 

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. 


Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi. - BERNAMA 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.