Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : BN Akan Berkhidmat Walaupun Kalah

pilihanraya kini     5:51 PM    




TELUK INTAN 22 Mei - Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menyelesaikan masalah rakyat di Parlimen Teluk Intan sungguhpun gagal dalam Pilihan Raya Kecik (PRK) kawasan tersebut 31 Mac ini.

Calon BN PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata, beliau akan memastikan setiap permasalahan rakyat diselesaikan sungguhpun ianya merupakan masalah kecil.

"Oleh kerana kerajaan pusat dan negeri di perintah oleh BN saya yakin sekiranya kita minta apa-apa peruntukan dan pertolongan dari kementerian dan agensi-agensi (kerajaan) menjad lebih senang jika dibandingkan dengan pembangkang.

"Saya berharap penduduk Teluk Intan akan memberi peluang kepada BN," katanya kepada media pada sesi lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Jalan Maharaja Lela.

Katanya, beliau berasa lebih selesa bertanding dan berkhidmat di tempat kelahirannya sendiri berbanding di kawasan lain yang tidak dikenali dan tidak tahu permasalahan rakyat dikawasan tersebut ibarat rusa masuk kampung.

"Sekiranya saya bertanding di Rawang saya hanya datang bersalaman saja tempat itu saya tidak tahu dan orang disitu pun saya tidak kenal.

"Teluk intan adalah kampung saya," tegasnya.

Tambah beliau, baki tempoh berkempen akan digunakannya sebaik mungkin untuk mencapai keseluruhan kawasan Parlimen Teluk Intan bagi menyebarkan agenda BN dengan lebih berkesan.

"Walau bagaimanapun kita masih ada lebih dari 10 hari lagi dan kita akan terus berkerja kuat bagi mecapai kemenangan BN disini." katanya

Sumber : RakyatNews


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.