Tuesday, May 27, 2014

#PrkTelukIntan : Cina Bodoh Jika Masih Undi BN, Kata Anwar

pilihanraya kini     1:24 PM    



Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina ‎di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut.

"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.


"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai.

"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.

Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disi‎fatkan sebagai pemimpin yang tidak pernah penat. – 27 Mei, 2014.

MalaysiaInsider


1 comments :

balok said...

jadi org melayu yg bodo bongok jer yg sokong DAP ni ...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.