Friday, May 30, 2014

#PrkTelukIntan : DAP Mesti Menang, Hudud Mesti Dihalang

pilihanraya kini     3:49 PM    


Bagi yang masih mencari-cari alasan kenapa mesti mengundi DAP, ingatlah bahawa dengan mengundi DAP, dapat memastikan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini, walaupun sekadar terhad di Kelantan.

Calon DAP, Dyana Sofya Daud telah bersumpah akan mengundi menolak perlaksanaan hudud setelah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan nanti. Tindakan yang dianggap berani ini (menolak hudud sama seperti menolak Islam), sanggup diambil Dyana Sofya sehingga mengagumkan Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Hadi Awang.

Hadi dalam satu kenyataan pada 27 Mei yang lepas menyifatkan Dyana seorang yang berani dan berkata "Saya sendiri tidak berani nak menjadi calon DAP".

Perlaksanaan hudud adalah isu utama di Malaysia sekarang apabila PAS Kelantan bercadang untuk membawa rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukuman itu di negeri tersebut walaupun ditentang hebat PAS Pusat.

Kedegilan Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakob sehingga terlepas cakap untuk meletakkan jawatan sekiranya hudud tidak berjaya dilaksanakan di negeri itu, telah memerangkap dirinya sendiri dan Pakatan Rakyat apabila draf perlaksanaan hudud itu akan akhirnya dibahas sebelum diadakan pengundian di Parlimen sekitar bulan Oktober nanti.

Tindakan itu dipercayai terpaksa dibuat untuk menjaga maruah dan air muka Ahmad Yaakob kerana dia memerlukan kekuatan yang besar untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Maka itu kehadiran Dyana sangat penting kerana jika dibandingkan dengan kenyataan ahli parlimen bukan Islam, cakap Dyana lebih dipakai rakyat kerana dia adalah seorang Islam tapi menolak perlaksanaan hudud yang akan dicadangkan PAS.

Undilah DAP, Tolak Hudud, Pertahan Perlembagaan.


Sumber : http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2014/05/prk-teluk-intan-dap-mesti-menang-hudud.html


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.