Wednesday, May 28, 2014

#PrkTelukIntan : DAP Sekadar Nak Bereksperimen

pilihanraya kini     4:12 PM    



MUNGKIN ramai orang tidak sedar bahawa DAP sebenarnya sedang menjadikan pengundi dan keputuan dalam PRK Teluk Intan nanti, sebagai bahan uji kaji untuk membantu strategi mereka berhadapan dengan BN dalam PRU14 yang akan datang.

Kalau penulis terkasar maafkan, bahan ujikaji dalam bahasa Inggeris ni biasanya dipanggil ‘Guinea Pig’ atau kalau nak dimudahkan dengan situasi sekarang, ‘Guinea Cadbury’. Faham sajalah cakap tu.

Buktinya boleh dilihat dari tindakan DAP mempertaruhkan seorang wanita muda Melayu buat pertama kali (atau jarang-jarang sekali) sebagai calon parti tersebut dalam PRK kali ini.

Orang ini bukan sekadar dari luar Teluk Intan dan tak berpengalaman, malah dari segi politiknya banyak koyak sana sini sehingga mencemaskan jentera kempen DAP di saat saat akhir, terutama bila kaitannya dengan Perkasa terdedah dan kegagalan mengendalikan isu hudud – kejap tak tolak (depan Melayu), kejap tolak (depan cina).

Tapi dia tetap dicalonkan sebab DAP meihat keputusan PRU13 yang lepas dimana pengundi di Malaysia ini secara keseluruhannya terbahagi kepada dua – yang Melayu menolak DAP, yang cina menolak BN.

Maka itulah komposisi pengundi Teluk Intan (43% cina, 37% Melayu) dilihat ideal untuk DAP menguji 2 perkara ini – sama ada orang Melayu boleh menerima calon Melayu dari parti tersebut dan sama ada orang cina masih kekal sebagai pengundi tegar DAP walaupun orang Melayu diletakkan sebagai calon.

Peratusan ini juga ideal kerana jika DAP kehilangan sekian sekian peratusan undi dari orang cina kerana calonnya Melayu pun, mereka masih ada kelebihan dari perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu, terutama membabitkan penyokong PAS, PKR dan UMNO.

Ini biasa, apatah lagi dengan kewujudan DNA babi dalam produk makanan yang berlabel halal hari ini, jangan hairanlah kenapa ada orang Melayu yang masih tergamak mengundi DAP walaupun tahu parti itu tidak memihak Islam ataupun Melayu.

Tapi bagi DAP, keadaan ini dipanggil ‘calculated risk’. Anyway, kalau kalah pun, kerajaan di semua peringkat masih sama, DAP tahu tu. Yang penting pada dia, maklumat hasil pengundian itu nanti boleh digunakan untuk menawan lebih banyak kerusi parlimen/DUN dimasa akan datang, tak mengapalah kalau korbankan satu kerusi ini pun.

Jadi, betullah pengundi Teluk Intan sebenarnya sedang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan strategi politik mereka, bukan sebab nak berkhidmat untuk rakyat pun. Itu (berkhidmat) tak timbul sama sekali sebab DAP bukan kerajaaan, dia boleh buat apa untuk bantu rakyat?

Dua penggal jadi wakil rakyat ni, apa yang DAP dah bantu rakyat dan pengundi Teluk Intan? Memetik kata Datuk Ahmad Maslan, yilek.

Memandangkan untuk kempen PRK Teluk Intan ini rakyat sekadar digunakan oleh DAP, maka layaklah pengundi memilih semula Datuk Mah Siew Keong sebagai wakil mereka di Parlimen. Hanya wakil BN saja yang boleh membantu rakyat Teluk Intan dengan berkesan.


Sumber : http://www.mykmu.net/?p=43673


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.