Saturday, May 24, 2014

#PrkTelukIntan : Ds Hishammuddin Dengar Keluhan Pemandu Teksi

pilihanraya kini     4:52 PM    


TELUK INTAN 24 Mei - Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien bersama calon BN Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong hari walkabout menaiki motor bersama puteri dan pemuda BN Padang Tembak.

Hishammudin turut bersama-sama pemuda, puteri dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bergotong-royong membersihkan kawasan masjid Kampung Padang Tembak.

Beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan turut berkesempatan bertemu dengan beberapa pengusaha dan pemandu teksi Teluk Intan bagi mendengar permasalahan yang berlaku kepada semua pemadu di kawasan sekitar Teluk Intan.
alt

Menteri Pertahanan itu juga turut merasmikan rumah baru yang siap dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia kepada bekas tentera Khari Sutan.

Tempoh berkempen bagi PRK Teluk Intan bermula 19 Mei lalu manakala hari mengundi pada 31 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mendiang Seah Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.