Sunday, May 25, 2014

#PRKTelukIntan : "Dyana Tidak Cantik Sangat"

pilihanraya kini     6:17 PM    



Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.

"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.


"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.


Sumber : Malaysia Insider


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.