Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : Dyana Topeng Kit Siang

pilihanraya kini     2:48 PM    



TELUK INTAN 22 Mei - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin berpendapat calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya hanya sebuah topeng yang digunakan oleh Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang untuk mengelirukan rakyat Teluk Intan.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah menegaskan taktik yang digunakan oleh Lim Kit Siang itu adalah satu muslihat bagi meraih undi untuk DAP.

"Pada sebelum ini Lim Kit Siang mengatakan pergi lantak sama orang melayu, tetapi kenapa hari ini beliau hendak bertopengkan orang melayu seperti Dyana Sofya atas alasan satu parti yang boleh menerima kepelbagaian dengan slogan Malaysia Malaysia. Itu semua adalah bohong dan janganlah terperdaya dengan perkara tersebut.

"Taktik yang digunakan oleh Lim Kit Siang adalah satu muslihat dimana kita perlu memberitahu kepada masyarakat setempat agar tidak mengulangi kesilapan seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2008 lalu,"katanya ketika berucap di Kampung Banjar, di sini, semalam.

Tambah beliau, dakwaan yang dilontarkan oleh Dyana Sofya dengan mengatakan bahawa tiada ruang buat wanita muda di dalam Gerakan Puteri UMNO adalah satu kesilapan yang besar.

"Dakwaan dia kata, didalam UMNO tiada tempat atau ruang untuk wanita muda seperti dia adalah salah. Saya adalah wakil rakyat yang dipilih melalui platform Puteri UMNO. Selama 13 tahun jugalah Puteri UMNO telah melahirkan lebih ramai wakil rakyat yang dilantik dalam UMNO.

"Oleh kerana kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Puteri UMNO oleh pimpinan UMNO mendapat peluang untuk menjadi wakil rakyat sedang ianya tidak terlintas langsung dalam pemikiran kami," katanya.

Sumber : Rakyat News


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.