Wednesday, May 28, 2014

#PrkTelukIntan : Dyana Umpama "Remote Control" DAP

pilihanraya kini     4:36 PM    



"Dyana Sofya akan jadi pemimpin yang dikawal dari jauh jika dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini,".

Itu tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang melihat calon DAP itu tidak mampu menjawab soalan-soalan yang diajukan tetapi membiarkannya dijawap oleh pemimpin DAP.

“Dia tidak boleh jadi pemimpin malah perlu belajar lebih banyak lagi untuk melayakkan dirinya bertanding dalam pilihan raya.

“Dalam beberapa siri soal jawab dengan wartawan, kebanyakan soalan yang diajukan akan dijawab oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Dyana Sofya hanya mengangguk kepala tanda setuju padahal dialah yang sepatutnya menjawab da bukan menjadi seperti remote control," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di Teluk Intan pagi tadi.

Katanya lagi, sebagai calon yang akan bertanding jawatan mewakili rakyat, Dyana Sofya juga disifatkan tidak mempunyai pendirian tetap dalam menjawab soal hudud.

"Sekejap dia kata tak tolak hudud, sekejap dia kata tolak hudud. Semuanya jelas hanya untuk meraih undi kawasan tertentu kerana dia sedar jika tersalah cakap, pengundi tidak akan mengundinya.

“Melalui beberapa siri tinjauan yang kami (BN) buat, ternyata rakyat di Teluk Intan ini bimbang jika mereka tersalah pilih pemimpin pada PRK ini.

"BN akan berusaha untuk memberi penerangan sebaik mungkin sebelum tarikh pembuangan undi dan kami harap, ramai yang akan sedar bahawa memilih Dyana Sofya tidak akan membawa apa-apa makna jika bergelar Ahli Parlimen,” jelasnya. - MalaysiaGazette

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.