Wednesday, May 28, 2014

#PrkTelukIntan : GERAKAN Tempelak Pendirian Tidak Konsisten DAP

pilihanraya kini     5:00 PM    



TELUK INTAN: Parti GERAKAN hari ini menempelak calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud atas pendirian tidak konsisten beliau berhubung isu Hudud dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA). 

Penasihat GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn berkata ia menggambarkan calon DAP itu tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak mampu menetapkan pendirian sendiri. 

"Pada mulanya Dyana mempertahankan pendirian DAP tidak menyokong Hudud, tetapi dalam temu bual lain dia kata dia tak tolak Hudud. Yang mana satu?" katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Chang turut menggelar Dyana Sofya sebagai calon 'remote control' yang dikawal pemimpin DAP dan ini dapat dilihat menerusi beberapa sidang media. 

Beliau juga mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin DAP yang sering mendahului calon mereka itu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan wartawan. 

"Biar beliau jawab. Anda pilih beliau sebagai calon anda, anda perlu yakin dengannya," tegasnya. 

Sementara itu, Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng turut menyelar manifesto Dyana Sofya yang disifatkannya sebagai 'copy and paste' dan 'kosong', dan mendakwa calon DAP itu meniru manifesto milik calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong. 
Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya. 

- BERNAMA

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.