Monday, May 26, 2014

#PRKTelukIntan : Hanya Eksploitasi Calon?

pilihanraya kini     7:32 PM    



DAP telah berusaha sedaya upaya untuk mengaburi mata rakyat tentang hakikat parti itu sebagai parti rasis Cina yang tegar. Walaubagaimanapun, semua usaha DAP telah tidak berjaya kerana parti itu terlalu angkuh dan tidak sanggup membuka sedikit pun peluang kepada bangsa lain untuk memegang jawatan penting walaupun ingin dilihat sebagai tidak rasis. 

Malah, pemimpin DAP sanggup memanipulasi undi bagi memastikan hanya kaum Cina sahaja yang layak bertanding pemilihan parti dan menang. Manakala kaum lain hanya diberi peluang melalui lantikan di mana mereka dipilih di kalangan yang pasif dan tidak mampu membela diri dan kaum sendiri, mahupun menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati. 

Pun begitu, DAP masih terus berusaha untuk mengaburi mata rakyat tentang sikap rasis parti itu.

Salah satu cubaan terdesak DAP untuk memperlihatkan imej ‘berbagai kaum’, ialah dengan meletakkan calon Melayu di PRK Teluk Intan. Ironi sekali apabila dalam usaha untuk mengelak dari dituduh perkauman, DAP ‘menjaja’ calonnya ke serata pelusuk kempen dengan ceramah yang asyik menyentuh isu kaum dan juga agama. 

Calon DAP nampaknya bukannya memperjuangkan penduduk Teluk Intan tetapi memperjuangkan Cina. Beliau banyak memperkatakan tentang UiTM yang padanya patut dibuka kepada bukan Melayu. Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai peningkatan kadar jenayah di mana beliau memberi contoh kejadian ragut ke atas padri Kristian baru-baru ini. Nampaknya, soal ‘kaum’ dan ‘agama’ cukup sinonim dengan calon DAP yang kononnya berdiri atas nama ‘berbagai kaum’ itu. 

DAP kemudiannya menuduh pihak BN menyerang calonnya dari segi seksis iaitu sengaja menjadikan wanita muda dan cantik sebagai isu. 

Sepatutnya DAP terlebih dahulu memikirkan hal ini sebelum meletakkan seorang wanita muda yang cantik tetapi tidak mempunyai rekod perkhidmatan mahupun latarbelakang yang relevan yang membolehkan beliau diletakkan sebagai calon. Pendek kata, DAP sendiri yang mengeksploitasi wanita muda dan cantik untuk politik. 

Bukan salah sesiapa jika pihak lawan hanya melihat calon DAP dari segi jantina dan rupa kerana sememangnya beliau tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat untuk mengundinya. Malah, Marina Mahathir yang cuba tampil membantu beliau juga telah tidak mampu menyatakan apa-apa kelebihan beliau selain boleh menulis dan membaca. Jika hanya itu yang beliau mampu, maka mana-mana kanak-kanak sekolah 7 tahun juga mampu menjadi calon pilihanraya. 

Tidak cukup dengan itu, calon DAP juga terpaksa menipu berkenaan status pekerjaannya yang mana beliau sebenarnya belum pun pernah bekerja sebagai peguam. Beliau juga tidak mampu menjawab soalan-soalan yang bersifat ‘dalaman’ berkenaan prinsip dan hala tujunya di dalam DAP. Beliau tidak mampu mengulas mengenai sejarah pemimpin Melayu DAP yang telah meninggalkan DAP seolah-olah beliau tidak pernah memikirkan tentangnya. 

Semua ini membuktikan yang beliau bukan sahaja tidak layak kerana tidak cukup pengalaman, tetapi juga tidak cukup kematangan dan ilmu pengetahuan. 

Pendek kata, pemilihannya sebagai calon semata-mata hanyalah berdasarkan faktor beliau 1. wanita, 2. muda, 3. cantik, 4. Melayu. Selain dari keempat-empat faktor ini, beliau tiada apa-apa lagi untuk dipromosikan kepada pengundi. 

Mungkin kepada pengundi Cina beliau boleh ditonjolkan sebagai anti bangsa sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja demi ketuanan Cina, tetapi kepada pengundi Melayu, beliau langsung tidak berguna. 

Justeru, kita tidak tahu apa yang DAP harapkan dari calon Melayu mudanya ini. Apakah DAP yakin bahawa pengundi Cina tidak lagi melihat kepada kualiti calon, tetapi akan memilih sesiapa sahaja yang memperjuangkan Cina? Apakah DAP yakin bahawa orang Melayu pula hanya memilih berdasarkan rupa? 

Apakah DAP yakin bahawa rakyat Teluk Intan benar-benar rasis dan bodoh belaka?

Sumber : http://www.malaysia-instinct.net/2014/05/prk-teluk-intan-hanya-eksploitasi-calon.html


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.