Tuesday, May 20, 2014

#PRKTELUKINTAN : HUDUD BUKAN SATU PENGHALANG DYANA BANGKIT

pilihanraya kini     4:58 PM    


SHAH ALAM - Hudud tidak akan menjadi isu besar di PRK Parlimen Teluk Intan, memandangkan kedua-dua parti yang bertanding di situ secara terang-terangan menentang pelaksanaan hukum tersebut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sebaliknya ia hanya memberikan sedikit kesan kepada sebahagian pengundi Melayu.

“Ikutkan komposisi pengundi di Parlimen itu lebih ramai kaum Cina, jadi mungkin sedikit sahaja kesan buat pengundi Melayu yang berumur.

“Kalau pengundi Melayu muda, mereka lebih menjuruskan kepada isu ekonomi mungkin tidak begitu terarah isu hudud,” katanya hari ini.



Terdahulu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menyatakan tidak akan menyokong rang undang-undang dikemukakan di Parlimen supaya hudud dilaksanakan.

Namun, beliau tidak menentang hudud, sebaliknya berpendapat pelaksanaannya tidak boleh dijalankan selagi sosioekonomi tidak diatasi.

SUMBE: SINAR HARIAN

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.