Friday, May 30, 2014

#PrkTelukIntan: Jangan Biar Pengundi Luar Tentukan Masa Depan, kata Mah

pilihanraya kini     3:54 PM    



Penduduk tempatan Teluk Intan tidak sepatutnya membenarkan pengundi luar kawasan untuk menentukan masa depan mereka ketika pilihan raya kecil di kawasan itu esok, kata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, hari ini. 

Presiden Gerakan itu berkata, kira-kira 6,000 pengundi Teluk Intan yang tinggal di negeri lain tidak akan dapat memahami maslaah penduduk tempatan dan hanya berminat untuk mengundi pembangkang yang membangkitkan isu negara.

"Setiap hari, DAP mengiklankan subsidi bas, mereka berkata mereka perlu 5,000 untuk kembali dan mengundi di Teluk Intan. Tetapi orang yang tinggal di Teluk Intan adalah kita. Mengapa masa depan kita diputuskan oleh orang dari luar?

"Saya takut kerana mereka semua akan keluar, mereka mahu menarik pengundi luar yang tidak tahu (keadaan di sini), yang tidak tinggal di sini," kata Mah kepada kira-kira 200 kaum India di Teluk Intan, hari ini.

Mah berkata, beliau menemui lima pengundi muda semalam yang pulang dari Johor untuk mengundi, yang memberitahunya mereka tidak mengambil berat tentang Teluk Intan dan balik hanya untuk mengundi DAP.

"Saya berkata, ibu bapa anda tinggal di sini, jalan raya, lampu jalan semua dalam keadaan yang teruk. Tidakkah anda mengambil berat tentang ibu bapa anda yang tinggal di sini?

"DAP begitu bangga meminta bantuan pengundi luar kawasan. Tetapi mereka tidak pun berminat untuk membantu rakyat Teluk Intan,” katanya.

DAP mengharapkan pengundi muda, pro-pembangkang yang tinggal di luar Teluk Intan untuk memenangi pilihan raya kecil esok.

Mereka mula menawarkan tiket bas subsidi kepada pengundi luar kawasan untuk menggalakkan mereka pulang dan mengundi, selepas pilihan raya kecil Bukit Gelugor mencatatkan pengundian paling kecil dalam sejarah iaitu 56.04% sahaja yang keluar mengundi pada 25 Mei lalu.


Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/05/prk-teluk-intan-jangan-biar-pengundi.html


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.