Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : Jangan Tolak Tuah

pilihanraya kini     7:57 PM    



“Jangan tolak tuah dan jangan sesekali masuk dalam perangkap minda DAP.”

Begitu tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kepada semua pengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat mereka pada tanggal 31 Mei nanti.

Jelasnya lagi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mempunyai potensi yang besar untuk membangunkan Teluk Intan jika diberi mandat dalam pilihan raya tersebut.

Tambah beliau, sebagai anak tempatan, calon BN itu lebih dikenali pengundi Teluk Intan berbanding calon pembangkang, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kemenangan Siew Keong juga katanya, akan meningkatkan jumlah pemimpin kaum Cina dalam Parlimen.

Terdahulu, beliau bersama jentera UMNO Kampung Changkat Jong mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah untuk menemui penduduk di sekitar kampung tersebut.

Salah seorang penduduk kampung yang dikunjungi, Saarani Baki tidak ketinggalan menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbiran BN.

Sebagai tanda kesetiaan, Saarani menurunkan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tergantung di dinding rumahnya sejak hampir dua tahun lalu.

“Anak saya gantung bendera tersebut hanya untuk suka-suka, namun hati dan jiwa saya sentiasa untuk BN,” katanya.

Kekeliruan ketika era Semangat 46 menjadi salah satu penyebab Saarani terkeliru dengan perjuangan UMNO ketika itu dan bertindak menyokong parti politik yang ada.

Mengulas kesetiaan Saarani itu, Ahmad Maslan menyifatkannya sebagai simbol sokongan pengundi itu untuk kembali bersama UMNO.

Sumber : Perak Today


1 comments :

Pesanan Datuk Ahmad, Ketua Penerangan UMNO, "Semua pengundi di parlimen Teluk Intan jangan tolak tuah".

Tuah datang kerana ada agenda. Jangan seiapa pun menolaknya, tindakan yg baik, rebut sehingga tiris / bocor, ambil pembekas tadah & samada junjung @ bimbit bawa ke rumah gunakan --- tak perlu musykil kerana dihulur pemerintah pastilah hak negara.
Sebelum sempat pemimpin kebas, sapu sehingga licin sebelum hari mengundi 31 Mei.

Berduyun keluar mengundi di awal pagi, pangkah hak pilihan hati. Setelah ditanya ya kan shj, yg menang itu hak kita pangkah. Selamat diri, selamatkan negara membasmikan ragam pengamal korupsi dlm negara.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.