Wednesday, May 21, 2014

#PRKTELUKINTAN: JANJIKAN PEMBANGUNAN DI TELUK INTAN

pilihanraya kini     1:37 PM    



TELUK INTAN 21 Mei - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan anak jati kawasan tersebut lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh masyarakat Teluk Intan.

Ahmad Maslan berkata orang tempatan mempunyai cita-cita untuk memajukan kawasan yang merupakan tempat kelahirannya itu.

"Orang tempatan ini lebih mengetahui aspirasi dan kehendak rakyat tempatan.

"Orang tempatan mempunyai cita-cita untuk membangunkan kawasan setempat sendiri dan lebih mengetahui selok belok di halaman sendiri. Kita juga mengenali orang tempatan ini. Calon tempatan ini insyaallah akan membangunkan terus Teluk Intan ini," katanya ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, di sini malam tadi.

Tambah beliau, pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Mah Siew Keong sangatlah luas kerana telah berkerja dibawah pucuk pimpinan kerajaan BN yang amat disegani.

"Pengalaman dalam parti daripada menjawat jawatan rendah sehingga jawatan tertinggi  (Presiden Parti Gerakan). Pengalaman menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama sepenggal dah Ahli Parlimen dua penggal serta memegang jawatan Timbalan Menteri. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau agak luas,"katanya.

Ahmad Maslan menambah, dasar yang dipegang oleh kerjaan BN di negeri Perak serta dibawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membela nasib rakyat perkara yang diutamakan.

"Dasar-dasar kerajaan negeri yang dipimpin oleh  Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir seorang yang berhati mulia serta dasar Perdana Menteri kita.

"Kerajaan BN sentiasa mengutamakan dasar-dasar pucuk pimpinan didalam menjaga kebajikkan rakyat," katanya.
 Sumber: Rakyat News

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.