Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : Kit Siang Main Emosi ??

pilihanraya kini     8:13 PM    



AIDCNews – 22/5/14 – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata penasihat DAP, Lim Kit Siang sengaja memainkan emosi pengundi di kawasan itu apabila mengeluarkan kenyataan bahawa calon DAP adalah ‘underdog’ dengan peluang kemenangan sekitar 40 peratus.

Mah berkata, tidak mungkin DAP rasa rendah diri sedemikian rupa kerana majoriti undi yang mereka terima pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu melebihi 7,000 undi.

“Bila saya baca, saya ketawa. DAP cakap peluang dia 40%. Dia baru menang 7,600 undi. Mana ada parti yang menang lebih 7,000 undi cakap mereka dapat 40%.

“Mereka sentiasa mainkan emosi pengundi sebagai ‘underdog’. Dia menang besar dan simpati kepada bekas wakil rakyat mendiang Seah Leong Peng masih ada,” katanya, dilaporkan The Malaysian Insider.

Namun Kit Siang menyangkal dakwaan Mah itu, lapor The Malaysian Insider, malah Penasihat DAP itu berkata asas dakwaannya kerana calon DAP kali ini berbangsa Melayu yang berbeza dengan PRU 13, calon DAP adalah berbangsa Cina.

Kit Siang berkata beliau takut calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan kehilangan undi Cina dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan kerana identitinya berbangsa Melayu.

“Saya bimbang Dyana akan kehilangan undi Cina yang besar kerana propaganda bahawa pengundi Cina perlu mengundi calon Cina dan tidak pada calon Melayu,”katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang turut mengakui beliau terpaksa bekerja keras di PRK itu untuk memastikan momentum pengundi Cina pada PRU 13 dapat dikekalkan kepada Dyana.

“DAP dan Pakatan Rakyat ingin melihat Dyana mengekalkan tahap sokongan Cina dari pilihan raya umum Mei lepas.

“Inilah sebabnya mengapa saya telah meletakkan diri saya di Teluk Intan untuk tiga hari lalu. Saya tidak pernah berkempen secara intensif untuk pilihan raya dalam 48 tahun saya dalam politik seperti dalam PRK Teluk Intan, “katanya.

Sumber: http://www.anwaraidc.com/?p=47096


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.