Thursday, May 22, 2014

#PrkTelukIntan : 'KJ, Awak Dulu pun Tiada Pengalaman'

pilihanraya kini     6:06 PM    



Sewaktu Khairy Jamaluddin galak mengkritik Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP tanpa pengalaman, ketua pemuda Umno itu perlu sedar yang beliau juga muka baru sewaktu dilantik sebagai menteri.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh MP Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Bukit Gasing R Rajiv.

"Sebelum beliau menjadi menteri beliau dan sukan pada tahun 2013, Khairy juga tiada pengalaman untuk berkhidmat sebagai menteri.

"Adakah ia bermakna perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Adbul Razak tersilap langkah apabila menamakan beliau sebagai menteri kabinet?" soal mereka dalam satu kenyataan bersama.

Menurut mereka, Khairy kini sudah menjadi menteri selama setahun.

"Jika beliau rasa prestasinya memberangsangkan, apa yang membuatkan beliau merasakan Dyana tidak mampu melakukan perkara sama jika diberi mandat untuk berkhidmat?" kata mereka lagi.

Semalam, Khairy dilapor sebagai berkata yang calon BN, Datuk Mah Siew Keong adalah lebih berpengalaman dan presiden Gerakan itu akan mempunyai akses kepada dana persekutuan jika beliau menang di Teluk Intan.

Sumber : Malaysiakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.