Friday, May 30, 2014

#PrkTelukIntan : Lebih 80% Dijangka Keluar Mengundi

pilihanraya kini     4:06 PM    



TELUK INTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratus keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan akan melebihi 8o peratus, sejajar dengan peratusan keluar mengundi awal 27 Mei lalu.

Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah berkata, keputusan proses demokrasi itu pula dijangka diketahui sekitar 9 malam.

“Semua operasi 35 pusat mengundi akan tamat pada jam 5 petang kecuali pusat mengundi Ladang Sungai Timah yang akan ditutup seawal 4 petang kerana jumlah pengundi yang tidak ramai.

“Kita jangkakan dalam 6.30 petang peti undi pertama dan borang 14 akan tiba bagi tujuan penjumlahan di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di Teluk Intan.

Ahmad Adli juga memaklumkan, sebanyak 464 botol dakwat kekal dibekalkan pada PRK tersebut.

PRK Telun Intan melibatkan 947 pegawai SPR dikerah bagi melicinkan perjalanan proses pengundian esok termasuk 120 ketua tempat mengundi.

Sejumlah 59, 927 pengundi akan membuang undi esok.

Selasa lalu 392 daripada 410 pengundi awal atau sebanyak 95.61 peratus membuang undi masing-masing di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.


Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.