Sunday, May 25, 2014

#PRKTelukIntan : Lebuhraya Pesisir Pantai Barat Bakal Majukan Teluk Intan

pilihanraya kini     6:07 PM    




TELUK INTAN 25 Mei - Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat bakal menjadi salah satu faktor dalam kemajuan sosio ekonomi di Teluk Intan serta memudahkan urusan perjalanan masyarakat setempat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pembinaan lebuhraya ini ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dikawasan sekitar Teluk Intan.

"Hubungan diantara pihak luar dengan penduduk setempat akan berjalan dengan lebih mudah dengan adanya lebuhraya ini. Ianya juga akan merancakkan lagi pembangunan dikawasan sekitar Teluk Intan.

"Perkara ini kita bincangkan berdasarkan pengalaman kita terdahulu, oleh itu kita mengambil kira dengan jajaran lebuhraya ini serta status bandar yang sedia ada dengan bandar-bandar baru bertujuan untuk dimaju dan dibangunkan di negeri Perak," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, di sini, hari ini.

Turut hadir pada program ini adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Tambah Muhyiddin, projek lebuh raya ini bakal menghubungkan antara dua negeri iaitu Selangor dan Perak yang menelan kos sebanyak RM5.04 bilion dan bakal menyediakan peluang pekerjaan apabila beropersi kelak.

"Projek ini kos sebanyak RM5.04 bilion dan dijangka mampu menyediakan sekitar 25,000 peluang semasa proses pembinaan dan 1,000 lagi peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

"Projek lebuh raya ini dilancarkan secara rasmi hari ini dan dilaksanakan serta merta di Perak dengan beberapa fasa pembangunannya," katanya lagi.

Lebuh raya yang dikenali sebagai West Coast Expressway (WCE) bakal menghubungkan kawasan seperti Hutan Melintang, Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir, Sitiawan, Parit dan Trong.

Jajaran lebuh raya ini juga bakal menyediakan 21 persimpangan yang menghubungkan bandar seperti Banting, Shah Alam, Kuala Selangor dengan Teluk Intan dan kawasan sekitarnya yang ternyata bersifat lebih efisien dan memendekkan masa perjalanan pengguna.

Sumber : The Rakyat News


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.