Thursday, May 29, 2014

#PrkTelukIntan : Manifesto Sama di Selangor

pilihanraya kini     6:30 PM    


TELUK INTAN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan rakyat di kawasan PRK Teluk Intan supaya tidak terpikat dengan manifesto DAP yang dianggapnya sebagai 'janji yang tidak perlu ditunaikan’.

Menurutnya, manifesto dikemukakan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud itu kelmarin, dilihat sama seperti dikemukakan di Selangor yang dilihat gagal memacu pembangunan.

“Cuba lihat dua penggal parti DAP memegang Parlimen ini, tiada pembangunan yang dibuatnya dalam tempoh itu. Kebanyakan pembangunan yang dibuat adalah kita (kerajaan).

“Pilihan raya kecil ini adalah untuk memilih wakil rakyat dan bukan membentuk kerajaan. Di sinilah peranan pengundi dalam memastikan tanggungjawab membela masyarakat,” katanya pada Program Kunjungan Mesra Penduduk di Pusat Daerah Mengundi Kampung Sungai Kerawai di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, pemilihan calon yang tepat dapat merancakkan kegiatan perniagaan berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Parlimen Teluk Intan.

“Kita mempunyai calon berpengalaman dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan. Dengan hubungan yang sedia terjalin dapat membantu rakyat di Parlimen ini termasuk memperluaskan industri IKS ini,” katanya.

“Datuk Mah Siew Keong bukan asing kepada masyarakat Teluk Intan yang telah banyak memberi sumbangan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.