Thursday, May 29, 2014

#PrkTelukIntan : Nga Kor Ming Tercedera ‘Tendangan’ Tak Menjadi Terhadap Buku Promosi Calon BN

pilihanraya kini     7:57 PM    



TELUK INTAN: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.

Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku dengan kaki kirinya.

Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah mencederakan bahagian pergelangan kaki. Nga kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketika dihubungi pada Khamis, Nga berkata beliau berada di Kuala Kangsar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak.

“Saya telah pulih,” katanya.

Mah akan berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya kecil itu pada Sabtu berikutan kematian penyandang Seah Leong Peng awal bulan ini akibat kanser.

2 comments :

Anonymous said...

Bodohnye komunis

Anonymous said...

SEB BEK TAK MAMPOS TEROSSS !!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.