Monday, May 26, 2014

#PrkTelukIntan : PAS All Out Bantu DAP

pilihanraya kini     5:41 PM    



26/5/14 – PAS ‘all out’ tarik undi Melayu sokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud kata Timbalan Pengarah Operasi Induk PAS PRK Teluk Intan, Salman Saleh.

Salman dilaporkan harakahdaily berkata, PAS sendiri memalui jentera muslimat turun rumah ke rumah merayu undi dan dalam masa yang sama memberikan penerangan tentang isu-isu semasa.

Setiap malam, PAS katanya akan menyusun ceramah umum disetiap UPU dengan menampilkan pimpinan-pimpinan PAS peringkat negeri dan pusat.

“Kami telah turunkan jentera secara ‘all out’ bagi memastikan kemenangan di parlimen Teluk Intan dapat dikekalkan serta dijayakan keputusannya.

“Saya sangat berpuas hati dengan semangat jentera dari seluruh negara yang tidak putus-putus datang membantu,” jelasnya.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan respon positif yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu di parlimen itu.

“Kami sudah kenalpasti strategi dan isu-isu yang sangat berkesan serta dekat dengan hati pengundi,” katanya ketika ditemui di Markas Induk PAS, Padang Tembak, Teluk Intan hari ini.

Sumber : Harakah Daily


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.