Saturday, May 24, 2014

#PrkTelukIntan : Pengundi Cina di Teluk Intan perlu realistik

pilihanraya kini     5:25 PM    


TELUK INTAN – Untuk memastikan terdapat wakil suara kaum Cina di dalam Kabinet pengundi terutamanya pengundi kaum Cina di PRK Parlimen Teluk Intan perlu memilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang ingin menggangkat Siew Keong sebagai menteri sekiranya dipilih pada PRK nanti perlu dipandang serius oleh penduduk Teluk Intan.
“Kerajaan hendak bantu orang Cina sekarang tawaran yang sangat baik daripada PM. Sekiranya orang Cina masih tidak mahu tawaran ini saya rasa rugilah.
“Kita sudah tawar, PM hendak ada wakil kerajaan daripada orang Cina, ini merupakan tawaran yang fantastik.
“Oleh itu nasihat saya kepada kaum cina, biar realistik, maknanya terima hakikat, jangan terlalu angkuh, kerana keangkuhan itu  tidak membawa anda kemana-mana,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Online, semalam.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang perjalanan kempen BN setakat ini, Tajuddin berkata gerak kerja BN berjalan dengan baik.
“Pada pengamatan saya gerak kerja jentera PRK BN Teluk Intan berjalan dengan baik tetapi masih perlu ditingkatkan lagi.
“Oleh itu, sedikit sebanyak kelemahan yang ada pada jentera PRK tempatan dapat kita atasi dengan bantuan daripada Pusat Daerah Mengundi angkat,” katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Siew Keong dengan calon DAP, Dayna Sofya Mohd Daud.
PRK diadakan berikutan wakil rakyatnya daripada DAP, Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.