Wednesday, May 21, 2014

#PRKTELUKINTAN : SAYA BUKAN PENGKHIANAT MELAYU

pilihanraya kini     1:26 PM    

TELUK INTAN - “Saya percaya saya bukan pengkhianat bangsa Melayu,” itu tegas calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung kecaman yang diterima di media sosial.

Dyana Sofya, 27, berkata, meskipun dirinya dikecam hebat, situasi itu tidak sesekali akan menjejaskan dirinya sepanjang kempen PRK Parlimen Teluk Intan.
“Tidak mengapa, apa yang mereka cakapkan biarkan sahaja, dia cakap  kita dengar dan tidak semestinya kita menerima perkara itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Menjawab soalan akan kemungkinan menggunakan pengaruh Lim Kit Siang sepanjang kempen ini, beliau mengakui perkara itu.

Bagaimanapun katanya, sebagai calon mewakili DAP, beliau bukan hanya menjual namanya, tetapi membawa nama parti dan PR itu sendiri.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa apabila calon DAP merupakan keluarga menyokong perjuangan Umno, katanya pihaknya menerima pandangan itu secara terbuka.

“Saya sangat hormat dengan Tun (Mahathir), saya terima secara terbuka, malah saya percaya ibu bapa saya akan menerima pendapat beliau,” katanya.

Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat berkata, beliau berusaha membesarkan anaknya supaya mengikut jejak langkah Mukhriz yang kini menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, anak gadisnya itu lebih mencontohi seorang lagi anak Mahathir, Marina, aktivis sosial yang sering berbeza pandangan dengan bekas perdana menteri itu.

“Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi bila besar, dia jadi Marina,” katanya


Sumber : Astro Awani.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.