Wednesday, May 21, 2014

#PRKTELUKINTAN : "Saya cuba didik anak saya Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina”

pilihanraya kini     1:24 AM    


 SHAH ALAM – “Saya cuba didik anak saya Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina,” kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.
Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
“Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.
Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu.
“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.
Beliau berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.
Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus berada dalam akidah Islam.
Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: “InsyaAllah.

sumber : Sinar Harian

7 comments :

Anonymous said...

Apa hal pompuan ni nak samakan anak dia dgn marina pulak....marina ada masuk dap?...marina ada bertanding utk dap?....marina ada burukkan universiti dia?

Pangkat dan kuasa punya hal...orang sanggup buat apa saja. Nampak macam dia yg plan untuk anak dia. Tak larat aku tengok...cakap banyak pulak tu.

Dahlah tu pompuan...dah tua tua ni, baik dok umah banyakkan amal....esok semua tu tinggal.

Mak Bedah said...

Memang benar bila kita kata orang Melayu bebal nak mampos. Tak tahu membezakan antara baik dengan teruk. Tak tahu membezakan pembelut dengan setia. Tak tahu membezakan kepentingan Negara dengan pelacuran Negara. Inilah ibu seorang Melayu bodoh baral gagal memikir dalam-dalam mengambil akibat tidndakan yang salah.

Cuma cina dap yang suka menepuk tangan dan ketawa akan kebodohan Mak Cik Yammy!!! Pakai tudung hijab tetapi bodoh sangat akal tumpul.

Anonymous said...

Makin lemau jadinya hingga hilang kemelayuan dan keislamannya nanti.

Makcik, kalau makcik bacalah apa yang saya tulis ni, mohon makcik mengucap seikhlas hati makcik, lepastu kenang sejenak masa tubuh makcik orang tolong letak dalam liang/lahad. Lepastu makcik kenangkankan orang tolong kambuskan pasir tinggal makcik dalamtu sorang2. Apa yang datang pada makcik selepas itu??
Mohon makcik...lihatlah anak makcik itu..Semoga makcik selamat, saya berpesan2 sesama islam..

Anonymous said...

Err..
Dyana tu belom kawen makcik,
dosa yg dia buat tempias terkena pada makcik dan laki makcik. Tanggongjawab makcik kat dia masih ada sehingga dia berlaki.

Makcik masih boleh didik dia utk jadi Mukhriz. Doa ibu sangat mustajab.

jack ahmad said...

mak cik ni bodoh...tengok pd nama pun dh tau YAMMY...

Anonymous said...

mak cik bayangkan bila org di DAP tu "ratah" dyana...sure diaorg kata YAMMY.. YAMMY..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.