Friday, May 23, 2014

#PrkTelukIntan : "Saya Tak Kenal Tunku Aziz"

pilihanraya kini     7:03 PM    



TELUK INTAN 23 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud membuktikan beliau langsung tidak mengenali sejarah DAP berikutan beliau tidak mengenali Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang telah membongkar segala tindak tanduk DAP selama ini.


Beliau berkata beliau tidak mengambil tahu hal Aziz memandangkan Aziz bukanlah di zaman beliau.

"Dia (Kit Siang) adalah orang yang terbaik untuk menjawab soalan tersebut kerana ia berlaku bukan pada zaman saya. Walaupun kamu (wartawan) bertanya kepada saya kerana ia bukan berlaku pada zaman saya, namun saya masih memberikan mikrofon kepada pihak (lain)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pemberita berhubung Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat merampas mikrofon ketika pemberita mengajukan soalan berkaitan Aziz baru-baru ini.

Pada 20 Mei lalu, seorang wartawan Astro Awani bertanyakan soalan kepada Dyana Sofya mengenai beberapa pemimpin Melayu DAP termasuk Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bertindak keluar parti sebelum ini.

Lim Kit Siang yang menyedari bahawa Dyana tidak akan mampu menjawab soalan tersebut terus bertindak mengambil mikrofon dari calon DAP itu untuk menjawab bagi mempertahankannya.

Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana DAP menggunakan orang melayu sebagai senjata strategik, untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu.

Tunku Aziz juga pernah ditawarkan sebanyak RM50 ribu bagi mengunci mulut supaya tidak mendedahkan dalaman parti DAP apabila beliau bertindak keluar daripada DAP

Sumber : Rakyat News


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.