Wednesday, May 28, 2014

#PrkTelukIntan : Seleweng Emas Di Kuil : Pengundi India Disaran Tolak Calon DAP

pilihanraya kini     4:29 PM    



TELUK INTAN 28 Mei - Pengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan khususnya kaum India disaran untuk menolak calon yang diketengahkan DAP, Dyana Sofea Mohd Daud kerana jelas parti itu tidak relevan untuk kaum India.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata Pakatan Rakyat (PR) menjaga kepentingan masyarakat India apabila hampir tiga kilogram emas milik empat kuil dibawah pentadbiran PR telah hilang.

Mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, Ramesh berkata, Perbadanan Kaum Hindu Pulau Pinang telah menyimpan segala harta dan wasiat di Pejabat Ketua Menteri dengan baik sebelum 2008 namun tiga kilogram emas telah hilang sedangkan ia diletak di dalam peti besi.

"Antara kuil yang terlibat di Pulau Pinang ialah kuil Tannimalai, Kuil Krishna, Kuil Rama dan Kuil Aman. Emas daripada kuil-kuil yang merupakan di bawah tanggungjawab Perbadanan Kaum Hindu Pulau Pinang telah hilang apabila kerajaan DAP mentadbir negeri itu.

"Emas tersebut yang telah disimpan telah hilang daripada Pejabat Ketua Menteri. Apabila ditanya Timbalan Ketua Menteri telah membuat laporan polis. Dimanakah emas itu? Mengapa mereka gagal menjawab dan cuai? ," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, ia menunjukkan tanggungjawab kepada kaum India di negeri itu langsung tidak dijaga dengan baik.

Selain itu, duit sumbangan yang dipungut daripada orang awam pada tahun 2009 untuk pelarian di Sri Lanka yang bernilai RM73,000 turut dilesapkan oleh DAP.

"Malangnya duit tersebut telah dimasukkan kembali ke parti DAP dan dihantar ke England yang menyebabkan duit tersebut tidak sampai ke Sri Lanka.

"Ia membuktikan DAP hanya tahu berjanji namun tidak mampu untuk melaksanakan janji tersebut," katanya.


Sumber: http://www.rakyatnews.my/index.php/20140528182372/prk-teluk-intan/seleweng-emas-di-kuil-pengundi-india-disaran-tolak-calon-dap


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.