Thursday, May 29, 2014

#PrkTelukIntan : Sibuk bantu calon, pengundi minta cari Kit Siang

pilihanraya kini     6:22 PM    





TELUK INTAN – Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa terlalu sibuk membantu calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud berkempen di Teluk Intan dan mengabaikan pengundinya sendiri.

Difahamkan, disebabkan tidak senang dengan situasi itu, ada penduduk mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi ‘I’m Gelang Patah votes, my member (of) parlimen missing. Please help us find him and ask him come back to service’ kepada Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Victoria (Pulau Pinang), Rich Koo.
Rich berkata, beliau menerima SMS berkenaan pagi semalam.

“Secara jujurnya kita akan bantu pengundi yang meminta pertolongan ini untuk mencari Ahli Parlimen berkenaan, di sini (Teluk Intan).

“Untuk tujuan itu, kita akan edarkan risalah dan poster untuk bantu,” katanya.

Kit Siang dilihat berada di Teluk Intan untuk membantu kempen Dyana Sofya sejak pengumuman calon dibuat parti itu, 17 Mei lalu.

Sumber : Sinar Harian 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.