Saturday, May 24, 2014

#PrkTelukIntan : Sijil Peguam Luput

pilihanraya kini     12:13 PM    




TELUK INTAN 24 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui bahawa beliau masih merupakan seorang peguam namun tidak layak untuk melaksanakan tugas tersebut memandangkan sijil guaman beliau tidak diperbaharui.

Beliau berkata sijil guaman beliau tidak diperbaharui di atas faktor beliau mahu terus bergiat aktif dalam dunia politik.

"Saya menjadi ahli Majlis Peguam sejak Ogos 2011 dan pernah menjadi rakan kongsi satu firma guaman selama dua tahun. Cuma tahun ini sijil saya tidak perbaharui kerana saya mahu aktif dalam (dunia) politik.

"Ini merupakan (tatacara) 'lawyer by training' dan kita menggunakan (tatacara) ‘non-practising lawyer’," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Pusat Operasi DAP di sini, semalam.

Sementara itu, Penasihat undang-undang, Ahmad Soffian Mohd Shariff, 27 mempertikaikan kelayakan calon DAP, Dyana Sofea yang sebelum ini mendakwa dirinya seorang peguam.

Soffian yang mewakili Persatuan Kebajikan Shah Alam berkata, seorang peguam wajib mendaftarkan dirinya dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk mewakili mana-mana individu.

“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.

“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja.

“Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya.

Sumber : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140524180302/prk-teluk-intan/dyana-peguam-sijil-luput?


1 comments :

Anonymous said...

Dah lah muka kemek tempek pembohong pulak tu...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.