Monday, May 19, 2014

#PRKTELUKINTAN : TIADA SERANGAN PERIBADI?- CALON BN

pilihanraya kini     8:37 PM    

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dapat berjalan dalam semangat setiakawan tanpa menyentuh hal-hal berkaitan peribadi calon.
Katanya, apa yang lebih penting ialah usaha ditumpukan tentang bagaimana hendak memajukan Teluk Intan untuk faedah dan kepentingan rakyat.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak pembangkang supaya pertandingan ini berjalan dalam suasana setiakawan tanpa menyentuh hal-hal peribadi calon," katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan pada Isnin.
Mah juga yakin hasil kerjasama mantap dan gerak kerja jentera komponen parti, BN akan dapat merampas kembali kerusi Parliman Teluk Intan dalam PRK kali ini.
"Saya melihat gerak jentera parti terutama dalam memberi penerangan dan penjelasan bagi menangkis fitnah pembangkang berhubung isu-isu semasa selain masalah yang dibangkitkan pengundi memberi harapan cerah kepada kemenangan BN," ujarnya.
PRK Parlimen Teluk Intan ini menyaksikan Datuk Mah bertanding satu lawan satu dengan calon muda yang dipertaruhkan DAP, Dyana Sofya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.