Wednesday, May 21, 2014

#PrkTelukIntan : Ustaz Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang, Keluarkan Fatwa Untuk Dyana

pilihanraya kini     6:42 PM    



Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas warganegara Indonesia yang kemudian diberikan kerakyatan dan pendidikannya ditanggung oleh Kerajaan Sabah, sudah lama menyepikan diri selepas kes rumahtangganya terdedah, ekoran perceraiannya dengan isteri kedua bernama Ina Fiona selepas dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Zati Iwani yang pada waktu itu berstatus isteri orang di dalam sebuah bilik hotel di Kuantan, Pahang pada tahun 2012.

Dia telah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa bersama-sama dengan suami Zati Iwani pada jam 3:00 pagi. Alasan yang diberikannya ketika ditangkap ialah, dia sedang memberikan kaunseling. Bagi meraih simpati, Badrul Amin menyatakan dia telah dipukul, diterajang dan ditumbuk oleh suami Zati Iwani. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati Badrul Amin tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun lebam atau bengkak bagi membuktikan kata-katanya. 

Ina Fiona diceraikan selepas wanita tersebut enggan berlakon bersama-sama Badrul Amin ketika ustaz PKR itu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah. Selepas menceraikan Ina Fiona, Badrul Amin mengahwini Zati Iwani.

Badrul Amin yang turut terkenal sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan pernah melantik Anwar Ibrahim sebagai IMAM MAHDI, telah mengeluarkan fatwanya yang tersendiri berhubung PRK Teluk Intan dan PRK Bukit Gelugor. Seperti biasa, fatwanya itu sudah tentu berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan beralasankan agama.





1 comments :

Anonymous said...

Org PAS nk ke undi muslimat PR x pakai tudung..? Bukan main kutuk pemimpin BN x pakai tudung.?

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.