Monday, May 26, 2014

#PrkTelukIntan : "Zahid Hanya Bergurau" - SPR

pilihanraya kini     5:34 PM    



GEORGETOWN: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau mengetahui anggota RELA yang tidak mengundi, tidak melanggar peraturan pilihan raya. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kenyataan Naib Presiden UMNO itu bersifat nasihat untuk menggalakkan anggota RELA yang mendaftar sebagai pemilih pulang mengundi. 

"Beliau sekadar memberi nasihat, galakkan orang balik mengundi. Anggota RELA pun kalau dia bukan mengundi di Teluk Intan, dia tak boleh mengundi. Bukan saja RELA, mana-mana rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi di Teluk Intan dinasihat balik mengundi.

"Begitu juga pengundi di Bukit Gelugor. Tidak kira la dia anggota tentera, polis, RELA, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) atau mana-mana badan beruniform sekali pun, jika dia telah mendaftar sebagai pengundi, dia kena balik mengundi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Semalam, Ahmad Zahid dalam ucapannya di Teluk Intan, Perak dilapor menyeru anggota RELA supaya keluar mengundi pada pilihan raya kecil Teluk Intan selain menyatakan beliau mengetahui sebanyak 2,000 anggota RELA yang berdaftar sebagai pemilih tidak mengundi pada pilihan raya umum lepas. 

Abdul Aziz berkata, kenyataan itu juga tidak bermaksud Ahmad Zahid mengetahui siapa yang dipilih oleh mereka kerana undi adalah rahsia. 

"Dia mengundi siapa kita tak tahu malah SPR pun tidak tahu...tiada siapa tahu. Dia mengundi ke tidak, kita boleh tahu sebab jari dia ada dakwat. Dakwat ini satu bulan boleh tahan. 
"Tapi kalau pengundi yang telah mendaftar dan dia tidak balik (mengundi), kita tidak boleh paksa," katanya. 

- BERNAMA


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.