Wednesday, July 2, 2014

Bekas Ketua Hakim Negara Dakwa Disabotaj Dalam Kerajaan?

pilihanraya kini     10:36 AM    



Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad , hari ini mendedahkan bahawa laman web rasminya diganggu secara spesifik dengan membuang artikel beliau yang membabit isu-isu hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Dalam entri terbaru beliau, “SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN” Tun Hamid menyatakan hanya dua artikel beliau yang diganggu dan dihilangkang iaitu “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” dan “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”.

Sungguhpun Tun Hamid menyatakan beliau tidak pasti siapa yang memadamkannya sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, namun hakikat hanya artikel tertentu yang dihilangkan walaupun dimuat naik berulang kali menimbulkan tandatanya sama ada orang tertentu dalam agensi tertentu yang memadamkannya.

Berikut ialah kenyataan penuh Tun Hamid

SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Pada, atau lebih kurang pada, 22 April 2014 saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” ke laman web saya ini. Rencana itu disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 24 April 2014. Beberapa hari kemudian rencana itu telah “hilang” daripada laman web saya. Saya muat-naikkan semula. Beberapa hari kemudian ia “hilang” semula.

Pada 29 Jun 2014, saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”. Beberapa jam kemudian ia juga “hilang”. Saya muat-naikkan semula. Saya tidak tahu berapa lama ia akan berada di situ.

Memandangkan kepada isi kandungan kedua-dua rencana itu dan bahawa perkara seperti itu tidak berlaku kepada beratus-ratus rencana, kertas kerja, ucapan dan penghakiman yang saya muat-naikkan, saya percaya kedua-dua rencana itu telah “dihilangkan” oleh seseorang yang tidak suka kepada isi kandungannya.

Saya tidak tahu siapa orangnya, Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, datang dari pihak kerajaan atau pembangkang dan apa sebab dia berbuat demikian. Tetapi, biar siapa pun dia, saya minta dia bertanya diri sendiri, berfikir dengan tenang, dan menjawab soalan ini dengan jujur sambil mengketepikan soal sama ada dia suka atau tidak: Apa yang saya katakan itu betul atau tidak?

Jika ada mana-mana bahagian yang tidak betul, sila hubungi saya dan britahu saya bahagian mana yang tidak betul dan apa sebab dan alasanyanya. Alamat email saya boleh didapati dalam laman web saya ini.

Tun Abdul Hamid Mohamad
30 Jun 2014


Sumber : Suara TV


1 comments :

Anonymous said...

Tun , mana ada pemimpin yang tulus dan berani menerima teguran kerana pada meeka setiap teguran adalah madu yang pahit bukan madu yang manis.

Kita berharap tun tersu tabah menyatakan kebenraran demi melayu dan agama juga tanah melayu walaupun tidak disenagi oleh pemimpin seperti najib yang secara terangan tidak dapat menerima teguran dan pandangan orang lain apatah lagi dari orang yang tidak pandai menagmpu.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.