Friday, July 18, 2014

#PrayForMH17 : Rakyat Belanda Paling Ramai Dalam Nahas MH17

pilihanraya kini     10:35 AM    



SHAH ALAM - Rakyat Belanda antara yang disahkan paling ramai terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas berhampiran sempadan Rusia pada malam tadi.

MAS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menjejak identiti dan kerakyatan setiap mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit.

“Seramai 154 rakyat Belanda dan 45 termasuk anak kapal dan dua orang bayi merupakan rakyat Malaysia dikatakan berada di dalam pesawat tersebut. 27 penumpang lagi merupakan rakyat Australia serta 12 penumpang termasuk seorang bayi merupakan warga Indonesia.

“Pihak kami juga mengesahkan bahawa sembilan dari penumpang MH17 disahkan warga United Kingdom, empat penumpang lagi masing-masing merupakan rakyat Jerman dan Belgium, tiga penumpang dari Filipina, seorang penumpang disahkan sebagai rakyat Kanada, manakala 41 penumpang lagi masih belum dikenalpasti,” katanya.

MAS turut membetulkan jumlah penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat terbabit daripada 295 kepada 298 orang.

Menurutnya lagi, disamping menjalankan usaha bagi mengesan saudara dan keluarga mangsa MH17, pihaknya kini meletakkan fokus untuk memberikan kerjasama penuh terhadap pihak berkuasa bagi memastikan segala prosedur dan keperluan kebajikan keluarga mangsa dapat dijaga dengan baik.

Susulan daripada insiden tersebut, pihak MAS juga telah mengarahkan kesemua penerbangan ke Eropah untuk menggunakan laluan penerbangan lain selain daripada laluan tersebut.

Sumber : Sinar Harian 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.