Sunday, July 20, 2014

#PrayForMH17 : Singapore Airlines Mohon Maaf?

pilihanraya kini     1:56 PM    



Singapore Airlines (SIA) memohon maaf kerana memuat naik status yang tidak sensitif mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu, di media sosial. 

Beberapa jam selepas pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal ditembak jatuh dengan peluru berpandu, malam Khamis lalu, SIA memuat naik satu kenyataan pendek di laman Facebook dan Twitternya. 

Kenyataan itu menyebut: “Pelanggan mungkin boleh mengambil perhatian bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine."

Kenyataan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial. 

“Bagaimana jika sekurang-kurangnya ambil berat dan menghantar ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terbabit?,” komen seorang pengguna Facebook, Michael Reif. 

Beratus lagi pengguna laman sosial itu mengutuk keras kenyataan itu, bagaimanapun terdapat beberapa individu mempertahankan syarikat penerbangan berkenaan dengan berkata: “SIA cuba untuk meyakinkan pelanggannya mengenai keselamatan laluan penerbangan mereka. 

“Kami sedar bahawa kenyataan di akaun Facebook dan Twitter kami pada pagi Jumaat lalu mungkin dilihat tidak sensitif bagi sesetengah orang,” kata SIA dalam posting terbarunya di akaun Facebook, lewat malam tadi. 
“Kami mengakui bahawa maklumat yang hendak disampaikan sepatutnya lebih baik dam kami memohon maaf jika ia tersinggung perasaan setiap pelanggan dan sesiapa saja dalam komuniti dalam talian,” katanya.

Sumber : Berita Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.