Wednesday, July 23, 2014

#PrayForMH17 : Wartawan Belanda Mohon Maaf

pilihanraya kini     1:24 PM    




Belanda : Seorang lagi wartawan terpaksa memohon maaf kepada masyarakat dunia selepas menyelongkar barangan mangsa nahas pesawat MH17 ketika membuat liputan di lokasi kejadian.

Caroline van den Heuvel, wartawan penyiaran EenVandaag, sebuah saluran berita televisyen di Belanda memohon maaf berhubung laporannya.
Dalam laporannya itu, dia dilihat membelek dan membaca sebuah diari seorang penumpang.

Tindakannya itu mendapat kecaman di media sosial.
EenVandaag kemudian mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf pada laman webnya.
Dalam kenyataan itu, lembaga pengarangnya memohon maaf kerana wartawannya "bertindak melampau" ketika ingin "menggambarkan keadaan setepat mungkin".

"Dia tidak berniat untuk melukakan perasaan sesiapa," kata kenyataan itu, yang turut menyebut Caroline adalah wartawan berpengalaman di medan perang.
Ini adalah insiden seumpamanya yang kedua. Pada Ahad lalu, saluran berita Sky News meminta maaf selepas wartawannya, Colin Brazier menyelongkar beg seorang penumpang dan menarik keluar sejambak kunci.

Dia kemudian berkata: "Kita tidak patut melakukan ini."

Dia turut dikecam di jaringan media sosial termasuk didesak letak jawatan atau dipecat

- NL Times.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.