Tuesday, August 26, 2014

Akhirnya Hadi Tunjuk Skill Bagaimana PAS Boleh Menjadi MB Selangor

pilihanraya kini     4:00 PM    




Keputusan mesyuarat PAS Pusat yang memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan Menteri Besar bermaksud parti itu telah menarik balik resolusi mesyuarat PAS 17 Ogos, kata Mohd Sayuti Omar (MSO).
“Mesyuarat jawatankuasa PAS yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
“Bagaimana pun PAS menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor.
“PAS menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail,”kata penulis pro reformasi, MSO dalam tulisan terbaharunya, bertajuk “Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjukki sebagai MB?.”


sumber : mymassa

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.