Monday, August 25, 2014

KRITIKAN TUN M : APA JAWAPAN PM??

pilihanraya kini     9:47 AM    



KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kepimpinan adalah mengenai melakukan perkara yang difikirkan betul dan kadangkala mengabaikan apa yang popular dalam jangka masa pendek serta mengambil keputusan tepat untuk masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kejayaan dalam politik bermakna mendengar banyak pendapat yang kadangkala mereka bersetuju mengenainya atau sebaliknya.

Katanya, beliau mengetahui terdapat pihak tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang dilaksanakan kerajaan dan perkara itu dianggap sebagai lumrah, namun Perdana Menteri yakin rekod akan membuktikan segalanya.

“Sejak Program Transformasi Ekonomi bermula, ekonomi kita terus bertambah kukuh. Pendapatan isi rumah 24 peratus lebih tinggi daripada 2009.

“Defisit bajet kita menurun, kini kepada 3.9 peratus, lebih rendah daripada sasaran. Kita sedang menuju bajet berimbang menjelang 2020 dan ekonomi kita menunjukkan pertumbuhan kukuh,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2014 anjuran Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menyentuh mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan, Najib berkata, beliau sedar cukai baharu itu sesuatu yang kontroversi.

“Saya juga tahu reformasi subsidi misalnya, akan mendapat kritikan tetapi saya telah bersedia untuk itu,” ujar beliau.

Berhubung peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, Perdana Menteri berkata, negara ini memerlukan rakyat yang berbakat dan dinamik untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Berikutan itu, beliau menggesa rakyat termasuk pemimpin pelajar menerokai peluang-peluang untuk menjadi peneraju di Asia Tenggara supaya dapat menunjukkan Malaysia bukan sahaja bersedia untuk belajar daripada dunia bahkan turut bersedia memimpin dunia.

Sementara itu, Najib turut mengimbau saat beliau belajar di luar negara dan menjadi ‘duta’ Malaysia bagi menjawab soalan tentang negara, budaya serta rakyatnya.

Dari situ, katanya, beliau belajar secara mendalam berhubung perbezaan kebudayaan, perspektif dan cara dalam melakukan sesuatu. 

Sumber – Utusan


3 comments :

lain benda yg ditegur, lain pulak yg dijawap

Anonymous said...

FASAL BELAJAR n JAdi "duta" lah tak FAHAM KEHENDAK melayu LUAR bandar.
SBB ITU PENTINGKAN BANGSA ASING HINGGA TERLUPA aspirasi AKAR UMBI.
Aku SETUJU PANDANGAN tun MAHATHIR......
Tun juga yang terbaik..

Anonymous said...

Rakyat luar bandar yang mengundi UMNO tak ambil peduli pun psl tranformasi Najib. Dia org nak tau hak org melayu terbela.. Tu saja..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.