Wednesday, August 13, 2014

#PANAS : ANWAR GOYANG?? MATI AKAL??

pilihanraya kini     10:57 AM    


"Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka (pemimpin)? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu. "

(H.R. Muslim)

Percaya atau tidak?

Semalam perkara paling hangat yang berlaku dalam Malaysia ialah bagaimana muka suami isteri paling popular di Malaysia cuba menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor. Tujuan mereka apa lagi? Salah satunya cuba mengheret Pihak Istana untuk sama- sama menyokong beliau menyelesaikan kemelut yang sekarang sibuk berlaku di negeri paling kaya dan bermasalah negeri Selangor Darul Ehsan.


Malangnya, hanya surat kiriman pengganti diri yang boleh kita klasifikasikan bahawa Sultan sendiri sudah muak dengan masalah demi masalah yang berlaku dalam tanah jajahan beliau. Langkah Rafizi dilihat mati akal, Anwar sudah garu- garu kepala dan Wan Azizah sudah tersipu- sipu malu apabila plot cerita yang dramatik ini telah lari dari landasannya. Apa tidaknya? Ceramah cuba telanjangkan Khalid sudah, berjumpa dan menghasut Haji Hadi sudah, terkini pujuk rayu Tuanku Sultan Selangor pula tidak diendah. 

Jika kita baca surat ini, kita dapat fahami bahawa Anwar Ibrahim sendiri memohon kebenaran kepada pihak Istana untuk membenarkan isteri kesayangannya menhadap DYMM Tuanku Sultan Selangor. Malangnya, pasangan tersebut tidak dilayan dan ditolak mentah- mentah oleh pihak Istana. Adakah tindakan Sultan itu betul? Wajar? Pada saya, tindakan Sultan sangat berpatutan dan bertepatan dengan kemahuan rakyat di bawah jagaannya kerana ini merupakan salah satu helah Anwar menjadikan cerita ini lebih hangat dan pertikaian dalam semua hal.


Ingat..


Sepandai- pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juanya.


1 comments :

Anonymous said...

apa susah...kan ada pakar strategik yg tersohor...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.