Wednesday, August 13, 2014

Pas perlu dalam Kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

pilihanraya kini     5:27 PM    



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai Menteri Besar walaupun telah dipecat keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu. 

Empat exco kerajaan negeri daripada Pas sedia ada telah mengumumkan menerusi media menyokong kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar. Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A. Samad dalam satu kenyataan berkata, exco PAS akan menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu PAS Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos untuk menetapkan pendirian PAS tentang kedudukan Abdul Khalid. Untuk menjalankan pentadbiran negeri dan mesyuarat exco, sekurang-kurangnya perlu ada empat anggota exco.

Buat masa ini empat ahli exco daripada Pas bersama-sama dalam kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS iaitu Dr Halimah Ali; Dr Ahmad Yunus Hairi; Iskandar Abdul Samad dan Sallehen Mukhyi. Sokongan daripada PAS dilihat sedikit sebanyak dapat meredakan kemelut politik di Selangor pada hari ini.

2 comments :

Maknanya PAS Selangor setuju kekalkan TSKI.

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.