Friday, August 15, 2014

RODZIAH : KENAPA SAYA TOLAK KHALID

pilihanraya kini     9:45 AM    



Apabila Khalid mengumumkan kesemua EXCO PKR dan DAP dipecat, ramai beranggapan Rodziah turut dipecat sehinggalah Tuanku Sultan kemudiannya mengeluarkan titah memperkenankan pemecatan lima EXCO dari PKR dan DAP tanpa nama Rodziah. Ini menimbulkan spekulasi baru bahawa Rodziah masih bersama Khalid.

Malah Khalid dengan penuh yakin membuat sidang akhbar menyatakan beliau akan mengekalkan Rodziah sekiranya ADUN Batu Tiga itu sedia berkhidmat. Ini memberi gambaran seolah-olah Rodziah telah bersamanya.

Namun semalam Rodziah yang kononnya baru pulang dari luar negara berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh Menteri Besar Selangor itu.

Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya oleh Malaysiakini.com sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.

Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand malam tadi tadi.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Rodziah ini menimbulkan tanda tanya sama ada Khalid Ibrahim sedang menipu ramai orang kononnya beliau mempunyai jumlah mencukupi; atau beliau tertipu dengan permainan Anwar Ibrahim melalui sokongan-sokongan rekaan bagi mewujudkan keyakinan palsu kepada Khalid?

Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.

Sebelum ini, Rodziah dikekalkan dalam barisan exco pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor Adun Pelabuhan Klang itu mengumumkan pemecatan lima exco PKR dan DAP pada Selasa.

Namun Rodziah diberi tekanan yang teruk oleh pemimpin pakatan yang pro-Anwar apabila Tan Sri Khalid mengekalkannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Apa ilmu dan taktik yang dipelajari oleh YB Rodziah berkaitan kursus politik di Bangkok? Ke ko pergi Bangkok ambil duit dana sumbangan asing...cer cerita...?

Ketika Abdul Khalid memecat lima exco kerajaan Selangor itu, beliau berada di Bangkok menghadiri kursus politik mewakIli PKR.

(Hehehe pecah rahsia Cik Yah kursus politik di Bangkok ketika negara itu sedang huru-hara. Kursus apa tu Cik Yah...kursus dengan baju merah ke baju kuning? Banyak duit PKR hantar peserta... taraf exco pulak tu...rasanya Exco Wanita ni bukan pergi sorang-sorangkan?)

Tak pa lah Tan Sri, orang nak membontot Anwar nak buat macamana. Tapi elok jugak makcik ni dipecat kerana ia boleh menjadi duri dalam daging dan spy dalam Majlis Exco nanti.

Elok benar jika portfolio Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita diserahkan pada Dr Halimah Ali yang juga kini Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor sementara menunggu perlantikan enam lagi exco baru dari kalangan ADUN-ADUN PAS.

Sekarang adalah masanya untuk PAS membuktikan bahawa mereka mampu memerintah Selangor sepertimana mereka mampu mentadbir Kelantan tanpa sekor pun wakil dari DAP dan PKR.

Jangan lupa juga pecat si Punahsihat Ekonomi yang singgit pun tak guna tu, gantikan dengan Penasihat Ekonomi dari PAS kerana mereka pun ramai ahli ekonomi kelulusan Muamalah dan Syariah yang hebat-hebat. 


1 comments :

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.