Monday, August 4, 2014

#SUKANKOMANWEL : TAHNIAH BUAT SKUAD BADMINTON NEGARA !!

pilihanraya kini     9:37 AM    


GLASGOW : Bergu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem serta beregu wanita negara Vivian Khoo-Woon Khe Wei menyumbangkan pingat emas kelima dan keenam Malaysia apabila mereka memenangi perlawanan akhir semalam.

Wee Kiong dan Goh V Shem berjaya mengekalkan tradisi dengan mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel.

Dalam perlawanan akhir, Wee Kiong-V Shem bermula baik dengan mendahului 1-0 pada set pertama dengan 21-12 menewaskan Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart dari Singapura pada set pertama.

Namun, Danny-Chayut menyamakan kedudukan 1-1 apabila memberi tekanan kepada Wee Kiong-V Shem dengan keputusan 21-12.

Babak penentuan menyaksikan Wee Kiong dan V Shem tampil lebih agresif untuk menghabiskan pencabar mereka itu dengan keputusan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Emirates Arena di Glasgow.

Bagi Wee Kiong beliau berpuas hati gandingan bersama V Shem masih mampu untuk mempertahankan pingat emas dalam acara beregu lelaki sejak tahun 1990 iaitu menerusi Jalani Sidek-Razif Sidek.

Cheah Soon Kit-Soon Beng Kiang meraih pingat emas pada 1994, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (1998), Chan Chong Ming-Chew Choon Eng (2002), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2006) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

“Kami sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Lebih mengembirakan lagi apabila kami masih boleh mengekalkan tradisi negara dalam acara beregu di Sukan Komanwel.

“Saya harap prestasi cemerlang saya ini berkekalan sehingga aksi Kejohanan Dunia BWF di Denmark pada hujung bulan ini,” kata Wee Kiong kepada pemberita.

Pingat gangsa dimenangi Chris Langridge-Peter Mills dari England selepas menewaskan rakan sepasukan mereka Chris Adcock-Andrew Ellis dengan 21-17 dan 21-17 pada perlawanan penentuan pingat gangsa kelmarin.

Manakala Vivian Khoo-Woon Khe Wei menamatkan kempen Sukan Komanwel ke-20 dengan penuh bergaya apabila meraih pingat emas.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu Vivian-Khe Wei berjaya meranapkan peluang Jwala Gutta-Ashwini Ponnanppa dari India dengan keputusan 21-17 dan pada set pertama.

Kemenangan itu menyuntik semangat pasangan negara untuk mengagalkan peluang Jwala-Ashwini dalam pertembungan sengit 23-21 pada set kedua perlawanan dalam masa 41 minit.

Pingat gangsa diraih pasangan England, Gabriel Adcock-Lauren Smith selepas menewaskan pasangan negara Lim Pei Jing-Lim Yin Loo 16-21, 21-15 dan 21-16 pada hari Sabtu.

Vivian berkata kerja keras serta rajin membuat analisis aksi perlawanan pihak lawan mendorong kejayaan mereka itu.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini sangat bermakna. Pingat emas ini juga dihadiahkan untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya kita kini sedang bersedih dengan tragedi MH17.

“Kami memang lebih yakin dan bersemangat daripada set pertama lagi dan hanya mahu fokus untuk menang sahaja yang penting jangan letak tekanan pada diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejayaan mereka itu merupakan pingat emas kelima buat kontinjen negara iaitu penambahan daripada kejayaan atlet angkat berat, Mohd. Hafifi Mansor disusuli Datuk Nicol Ann David (acara perseorangan skuasy), badminton berpasukan campuran serta atlet terjun negara, Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal individu lelaki.

- Bernama


1 comments :

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.