Monday, September 8, 2014

Akta Hasutan 1948 Perlu Dikekalkan - Ismail Sabri

asyraf ringo     6:22 PM    


Akta Hasutan 1948 perlu terus dikekalkan bagi memelihara keamanan negara yang dibina sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu dihapuskan, golongan majoriti pula terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut.

"Belum pun akta ini dihapuskan, kita lihat pelbagai penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja-Raja Melayu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab atas tiket kebebasan bersuara," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian tersebut di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sekiranya akta tersebut dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang cuba menggugat keharmonian negara dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. - Bernama


1 comments :

Anonymous said...

Alhamdulillah, ada jugak pemimpin UMNO akhirnya bersuara. Diharap ramailah lagi akan tampil menyokong. Ismail Sabri ni masih ada jati diri.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.