Tuesday, September 16, 2014

Di #PRKPengkalanKubor, PAS Sudah Keliru Antara Kuasa Kerajaan Pusat Dengan Kerajaan Negeri

pilihanraya kini     10:56 AM    


Kempen PRK DUN Pangkalan Kubor sudah pun bermula beberapa hari lepas. Walaupun berpuluh-puluh PRK telah dijalankan sepanjang Malaysia merdeka atau dari PRU-1 pada tahun 1955 lagi, namun keadaan tidak lebih baik berbanding yang pertama. Malah semakin teruk dan nilainya semakin buruk.
Apakan tidak, kempen yang dijalankan adalah secara fitnah dan langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam dan adat budaya Melayu yang seringkali diagung-agungkan kononnya sebagai sangat bertamadun dan sangat sopan kalaupun tidak di dunia tetapi sekurang-kurangnya di dunia sebelah sini.
Malangnya semua itu hanyalah retorik semata-mata. Lebih-lebih lagi mereka yang menyamar sebagai alim ulama, memperjuangkan Islam kononnya, dan berparti Islam. Lagi Islam mereka itu, lagi lancanglah mulut dan lidah mereka menfitnah dan mengata orang lain. Lagi tebal serban dan panjang jubah mereka, lagilah menjadi-jadi pembohongan dan pembodohan yang mereka lakukan kepada orang ramai.
Islam dan Melayu mereka hanyalah satu topengan untuk menutup sifat kebinatangan dan pembodohan yang dijalankan secara berleluasa. Mereka bersembunyi di sebalik ketayap putih dan janggut sejemput. Sifat dan nafsu yang membuak-buak ditutup dengan lakonan yang mereka lebih tebal agamanya berbanding golongan yang mereka tentang.
Di Pangkalan Kubor, keadaan yang sama juga berlaku. Ceramah-ceramah yang diadakan dari pagi membawa ke tengah malam oleh para pemimpin PAS, penuh dengan retorik dan pembohongan serta bidaah yang tidak boleh diterima oleh akal orang yang waras. Bagaimanapun, para penyokong PAS yang terputus daripada pelbagai sumber maklumat kecuali yang dibekalkan oleh PAS sahaja, berkerumun dan sanggup menerima pembohongan tersebut, kemudian menyebarkannya dengan yakin. Para penyokong dan pengundi tegar PAS amat yakin, para penceramah dan pemimpin-pemimpin mereka tidak berbohong, tidak melakukan fitnah, tidak sampai hati untuk memperdayakan demi mendapatkan kuasa dan menang pilihanraya, malah sangat takut untuk melakukan dosa.
Dalam bahasa yang lebih mudah, mereka telah tertipu dengan pelbagai doktrin yang tertanam di dalam kepala apabila sumber maklumat diputuskan dan PAS hanya mahu ahli-ahlinya mendengar dan menghadam maklumat-maklumat yang para pemimpin parti salurkan sahaja. Sekaligus menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan dan pemerdayaan yang amat ketara.
PAS yang sedang berkempen sekarang, banyak menekankan kepada masalah yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Pusat di Pangkalan Kubor, termasuklah beting atau penebat banjir. PAS juga mempertikaikan tentang Kerajaan Pusat yang kononnya telah melarikan wang royalti minyak, tanpa para pendengar ceramah mereka sedar bahawa PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan telah kalah dalam perbicaraan di mahkamah berhubung perkara berkenaan.
Sekali dengar, kelihatan PAS sangat prihatin dengan masalah rakyat dan sangat prihatin. Para pemercaya PAS sudah tentu bertepuk tangan dengan penuh bersemangat sambil mengangguk-angguk membenarkan dogma dan tohmahan para pemimpin mereka terhadap parti lawan.
Malangnya hampir kesemua isu masalah rakyat yang mereka sentuh, sebenarnya adalah masalah PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri. Semenjak dari 1996 lagi, PAS Kelantan yang merajai Kelantan telah gagal memenuhi segala janji yang mereka lakukan. Tiada satu pun janji yang dibuat sepanjang 1990-2013 telah ditunaikan. Begitu juga dengan pelbagai projek yang kononnya dapat meningkatkan sosio ekonomi rakyat Kelantan, semuanya sekadar berakhir dengan keuntungan besar bagi orang yang menghantar proposal dan proposalnya telah diterima.
Masalah penebat banjir, masalah sungai, masalah jambatan, masalah jalanraya, masalah lebuhraya, mahupun masalah Tanah Rezab Melayu yang cuba dijadikan senjata untuk membunuh UMNO-BN, semuanya adalah masalah Kerajaan Negeri Kelantan. Semuanya berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Kelantan. Malah ada sesetengahnya seperti projek bekalan air dan jalanraya, peruntukan untu penyelenggaraan atau pembaikian mahupun menaikkan taraf, telah diberikan oleh Kerajaan Pusat selain kos pengurusan negeri turut ditanggung oleh Kerajaan Pusat, namun tidak disempurnakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS, bahkan kesemua peruntukan tersebut hilang begitu sahaja.
Agak mengkagumkan bilamana para penyokong PAS boleh mempercayai dan menerima pembohongan-pembohongan yang dilakukan oleh penceramah-penceramah PAS itu begitu sahaja. Malah jikalau ditanyakan kepada mereka apa tanggungjawab Kerajaan Negeri Kelantan, jangan terkejut sekiranya ada yang memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan hanya berfungsi sebagai penceramah dan memenuhkan ruang udara dengan kempen-kempen politik serta retorik-retorik agama yang sekadar menyeronokkan para pemimpin parti tetapi tidak produktif dan tidak berguna langsung untuk anak negeri!

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.