Saturday, September 13, 2014

Dikepit Ketiak Mat Sabu, Sahkan Wan Rosdi Calon PasMa

pilihanraya kini     4:30 PM    


Gambar gambar ini cukup menceritakan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam PAS. Pergolakan dalaman PAS, PKR dan DAP terserlah. Jika dalam PRK di Sungai Limau, Balingian, Kajang, Bukit Gelugor, Teluk Intan ada ketiga tiga parti komponen itu bersama sama. Di Pengkalan Kubor tiada langsung kepimpinan atasan PKR dan DAP hadir.
Mana dia Lim Guan Eng, Kit Siang, Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan AMK PKR ?
Membenarkan perpecahan itu berlaku bila Hadi Awang sendiri tidak hadir di tempat penamaan calon PAS Pengkalan Kubor. Musthapa Ali yang juga Setiausaha Agung PAS juga tidak hadir.
Tiada juga kelibat pemimpin pemimpin utama PAS dari Selangor seperti Iskandar Samat, Yunus Khairi dan Sallehin Mukhyi hadir. Sedangkan pada waktu yang sama semalam, pemimpin pemimpin PAS itu berceramah bersama dengan Hadi Awang di Bandar Baru Bangi.
Cerita cerita bahawa calon PAS ini adalah tajaan PasMa semakin jelas.
Terbukti bila Wan Rosdi calon PAS dikepit rapat oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu memang sudah diketahui seorang yang mendapat “payroll bulanan” daripada DAP.
Yang peliknya, di mana Husam Musa bersembunyi? Beliau seolah olah menggunakan Dr Hatta untuk berada di hadapan di Pengkalan Kubor.
Apakah Husam masih berdendam dengan kepimpinan MB Kelantan kerana tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan? Husam menggunakan calon kontraktor dan tauke balak di Pengkalan Kubor sebagai proksinya nanti untuk menjadi MB Kelantan?
Biarpun Nik Aziz hadir ke penamaan calon, Husam tetap juga tidak nampak batang hidung. Dulu suatu ketika, Husam adalah anak emas dan kesayangan Nik Aziz.
Bila tidak dapat jadi MB, Husam frust. Beliau sedang mencaturkan Wan Rosdi untuk mendapat kembali jawatan yang lebih besar pada PRU14?
Ada kemungkinan Wan Rosdi adalah calon proksi Husam. Calon PasMa, ini faktor terbesar kenapa Hadi Awang tidak hadir ke tempat penamaan calon.





0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.