Tuesday, September 23, 2014

Husam cabar TPM, Mustapa debat isu royalti

pilihanraya kini     3:25 PM    

 Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk berdebat dengannya mengenai isu royalti petroleum.

Husam berkata, debat itu diadakan bertujuan bagi memberi pencerahan  kepada penduduk di Dun Pengkalan Kubor mengenai maklumat sebenar tentang  isu tersebut.

"Kita buat dalam satu pentas, buat secara langsung.

"Kita bahas mengenai kenapa kerajaan pusat perlu bayar kepada kerajaan Kelantan, rakyat boleh tengok siapa yang benar, siapa yang salah," katanya ketika memberi ceramah di Pengkalan Kubor, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cadang dedah laporan tuntutan royalti petroleum]

Dalam masa yang sama, Husam menyeru kepada penduduk di PRK Pengkalan Kubor agar memberi undi kepada calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim pada PRK di Dun tersebut pada 25 September nanti.

"Adik kakak, Abe berilah undi pada Pas, Insya- ALLAH banyak perubahan yang boleh kita (Pas) bawa," katanya.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan calon Bebas,Izat Bukhary Ismail Bukhary, calon  BN Mat Razi Mat Ail dan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari PKR dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya meraih 65 undi.

Dun Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.