Saturday, September 20, 2014

Lori Balak Datang “Membantu” PasMa Di #PengkalanKubor

pilihanraya kini     2:00 PM    


Lori balak dari ladang rakyat sudah sampai. Nama ladang adalah ladang rakyat tetapi siapakah yang kaya dari hasil balak ini sebenarnya? Rakyat atau orang orang tertentu sahaja yang kaya dari balak ini?
Beberapa hari lalu, telah ada satu pendedahan mengenai sebuah kilang kayu haram yang terletak kira kira dua kilometer dari rumah Wan Rosdi, calon PAS yang terletak di Kampung Bendang Pak Yong. Kilang tersebut amat misteri kerana tiada papan tanda kilang dan nama syarikat.
Apakah kilang kayu tersebut adalah milik calon PAS? Ini kerana, Wan Rosdi dikenali sebagai seorang kontraktor kayu sama seperti calon PAS di Kuala Besut iaitu Che Long yang juga seorang kontraktor kayu. Malah Wan Rosdi didakwa dalam profil calonnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan (baca sini).
Namun bila disemak dengan Laman Rasmi Kompleks Perkayuan Kelantan, nama Wan Rosdi tiada dalam senarai nama tersebut (semak sini). Oleh itu apakah jawatan Wan Rosdi sebagai Ahli Lembaga Pengarah itu betul? Atau Wan Rosdi hanyalah proksi perniagaan orang orang tertentu sahaja di situ?
Misteri jawatan Wan Rosdi itu sama tarafnya dengan misteri kilang kayu berhampiran rumah Wan Rosdi. Tidak cukup dengan itu, wartawan TV14 juga cukup terkejut bila mendapati ada beberapa buah lori balak sedang melalui jalan jalan sibuk di Kelantan menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Mengapa balak itu ditebang dan digondol dalam tempoh masa pilihan raya kecil ini sedang berlangsung?
Apakah lori balak itu menuju ke kilang balak haram itu? Amat meragukan sekali apakah jawatan sebenar Wan Rosdi. Sebelum ini Wan Rosdi sudah kantoi beliau bukan Ahli Lembaga Koperasi Rakyat Kelantan (baca sini).
Kali ini kantoi lagi menipu. Namun kehadiran lori balak itu tidak boleh disorok dan ditipu. Bila balak hadir, ianya adalah bukti kuat mengaitkan Wan Rosdi sebagai seoang taukeh balak. Benarkah begitu? Kita nantikan bersama sama penafian dan penjelasan dari Wan Rosdi tentang berita ini. Beranikah Wan Rosdi bercerita hal yang sebenar tentang perniagaan yang dimilikinya?

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.