Tuesday, September 23, 2014

Mengundi dua hari lagi, Pengkalan Kubor makin panas

pilihanraya kini     1:51 PM    

SUHU di pekan kecil, Pengkalan Kubor amat panas. Penyumbang utama adalah kepadatan manusia dan kenderaan yang meningkat secara mendadak.

Sejak semalam, deretan kende-raan, kecil besar tidak putus-putus keluar masuk ke pekan yang terletak di muara Sungai Golok dan bersempadan dengan Tak Bai, Thailand.

Majoritinya mempunyai satu tujuan, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang akan sampai ke kemuncaknya pada Khamis ini.

Tempoh 72 jam terakhir untuk menghadapi hari kemuncak itu amat kritikal bagi semua pihak yang bertanding, baik bagi Barisan Nasional (BN) mahu pun Pas.

Apa yang pasti bermula esok, Pas mengerahkan kesemua 'jeneralnya' untuk turun ke medan perang selepas meninggalkan kawasan ini untuk bermuktamar di Johor selama lima hari.

Bagaimanapun kesepakatan da-lam Pas menjadi persoalan apabila muktamar ditutup oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan dua perkataan, 'broker dan barua'.

Bagi penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff, masalah kesepaduan jentera pilihan raya juga menjadi satu faktor yang amat penting di saat-saat akhir begini.

"Soalnya adalah, mampukah jentera Pas mengatasi masalah pertikaian sesama Pas dan di antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kembali hangat ekoran kete-gangan yang berlaku di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini?.

"Jika Pas gagal menyelesaikan masalah ini, manakala UMNO pula tidak menghadapi masalah pertikaian dalaman, maka saya fikir BN tidak akan menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang telah menyiapkan kajian mengenai kepimpinan ulama dalam Pas untuk Ijazah Kedoktorannya berkata, mahu atau tidak, masalah dalaman Pas memberi kesan yang amat mendalam pada PRK DUN Pengkalan Kubor.

Katanya, rakyat hari ini sudah celik politik dan dapat menilai secara mendalam apa yang berlaku dalam parti itu dan mereka mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat dan didukung oleh sebuah parti yang kukuh.
"Maklum balas yang saya peroleh menunjukkan jentera BN adalah le-bih kemas dan lebih agresif memainkan isu-isu berbanding jentera Pas.

"Begitu juga dari segi calon di mana kekangan dan masalah yang dihadapi oleh calon Pas dalam menjawab isu-isu memberikan gambaran kurang positif ke atas beliau, seolah-olah beliau tiada visi dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor me-nyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mat Razi Mat Ail daripada BN dengan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sebanyak 24,039 pengundi ber-daftar akan membuat penentuan pada Khamis ini.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh kempen PRK ini, jelas menunjukkan bahawa Pas sudah ketandusan isu apabila hanya mendedangkan isu royalti minyak yang sudah dibawa sejak tahun 2008.

Isu itu juga hampir selesai apabila sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan negeri ini diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga adinda kepada Sultan Kelantan.
Malah baginda mungkin sudah memberikan sedikit bayangan kepada penyelesaian tersebut apabila bersetuju Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang dinaunginya menerima separuh wang ihsan daripada Kerajaan Pusat hasil daripada cari gali gas di luar pantai negeri ini bagi pihak Kerajaan Pas Kelantan bermula tahun depan.

Bukan itu sahaja, gaya Pas kempen kali ini agak pelik. Mereka lebih banyak bercerita mengenai pembangunan berbanding BN.

Mungkin mereka baru sedar bahawa Pengkalan Kubor biarpun sudah tiga penggal di bawah BN adalah di bawah tanggungjawab Pas sebagai kerajaan negeri untuk dibangunkan. Sekadar ingatan BN adalah pembangkang di negeri ini. Walau apa pun isunya, bagi Kamarul Zaman, detik tiga hari terakhir ini adalah amat penting bagi menentukan keputusan pengundian.

Pesan Kamarul Zaman kepada parti yang bertanding: "Perhatian seharusnya ditumpukan kepada usaha menemui pengundi secara terus kerana kebiasaannya apa-apa ceramah, walau dibuat oleh tokoh sebesar mana dan walau dihadiri oleh hadirin seramai mana sekali pun, tidak akan banyak mempe-ngaruhi corak pengundian".

Kesimpulannya, BN mempunyai peluang yang cerah untuk terus kekal di Pengkalan Kubor selagi tidak hilang tumpuan dan sentuhan secara personal kepada pengundi di akar umbi.

Dan pastinya, legasi ADUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lalu akibat kanser hati akan diteruskan oleh Mat Razi demi rakyat.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.